Wednesday, October 12, 2011

Lawak lawak yg menceriakan ...


Lawak1 
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter... 
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa?? 
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. 
Makcik nak pergi mana?? 
Makcik : Makcik nak melintas aja. 
 
Lawak 2 
Bangla dan rakannya sedang berbual 
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan. 
Rakan : Wah mesti awak gembira 
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik! 
Rakan : ????? 
 
 
Lawak 3 
Di sekolah tabika. 
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik? 
Amri : Tiga, cikgu 
Cikgu : Awak yg paling tua? 
Amri : Tak. Atuk saya.... 
 
 
Lawak 5 
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat. 
Nurse : Ko tulis surat kt sapa? 
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri" 
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis? 
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca. 
 
 
Lawak 6 
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu. 
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk? 
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20. 
Pemuda :! Bagi teh panas 1. 
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum. 
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat? 
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.
 
 
 
Lawak 7
 
Pada malam itu, Razi pulang lewat ke rumahnya selepas habis meminum arak di 
pub. Selepas mendapati isterinya, Hana sudah tidur...dia pun terus menarik 
selimut dan tidur di sebelah isterinya. Dia memandang ke hujung katil dan terus 
mengira...1, 2, 3, 4, 5, 6. Lalu dia mengejutkan Hana dan berkata, "Eh sayang, 
ada 6 kaki kat katil kita nie". 
Hana menjawab dalam nada mengantuk, " Abang, lebih baik abang tidur saja, 
lagipun abang kan mabuk, mana mungkin 6 kaki, 4 kaki je laa". 
Si Razi pun baring untuk tidur selepas bininya berkata demikian. Tapi dia tidak 
dapat melupakan lagi hal tadi, lalu dia bangun untuk mengiranya semula. 1, 2, 
3, 4, 5, 6....sekali lagi dia mengejutkan bininya dan berkata, " Sayang, betul 
lah ada 6 kaki kat katil kita nie". 
Hana yg bengang akan perangai Razi itu pun menjawab, " Apa laa abang nie, 
sayang nak tidur pun susah laa. Kalau tak percaya, abang bangun keluar dari 
katil nie. Pastu cuba kira balik". 
Jadi, Razi pun bangun dari katilnya dan berdiri di hujung katilnya sambil 
mengira, 1, 2, 3, 4. Kemudian dia berkata, " A'ah laa sayang, betul cakap 
sayang tadi...cuma ada 4 kaki saja". 

No comments:

Post a Comment