....Hello everyone....
Slamat berkenalan buat korang sumer..aku tulis blog ni hanya tok share ape yg aku tahu n owg len xtau..just smangat motivasi yg bleh menaikkan smagt n memperbaiki diri korang sumer..
Tanda- tanda hari kiamat semakin hampir...
1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa
disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai
agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar
untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta
sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan
menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap
beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati
mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu
mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi
keuntungan kepada makhluk di muka bumi
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan
perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat
guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa
menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan
baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang
mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti
zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan
sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci
dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga
.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura.
Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar
sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka
yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka
berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan
perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak
sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan,
peperangan dan jenayah
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan
tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak
beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan
melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud
meminta sedekah.
No comments:
Post a Comment